OnExo
Kisah seorang Cikgu
16 Mei 2012 | 12:56 PG | 0 comments
assalamualaikum,

suatu pagi yang hening, seorang guru sedang menerangkan pembelajaran pada hari tersebut kepada muridnya... sedang asyik menulis dipapan putih, tetiba;

'assalamualaikum... cikgu X?'

'ye saya... ada apa ye puan?'

'boleh saya jumpa sekejap?'

'ok murid2, salin soalan ni ye...'

cikgu X pun keluar menemui tetamunya....

'ni cikgu, anak saya mengadu semalam cikgu denda dia berdiri kat luar sebab tak buat kerja sekolah. cikgu tau tak anak saya tu penat. lepas tu, cikgu bagi anak saya kerja sekolah yang melambak. camana anak saya nak siapkan? pagi sekolah, petang sekolah agama... malam p tuisyen... bila masa pulak anak saya nak siapkan kerja sekolah dia?'

'puan, saya bagi kerja sekolah sebab saya nak dia pandai. kalau setakat belajar kat sekolah jek, tak cukup puan. pelajaran makin bertambah, masa tu belajar tu kurang. bagi saya, mungkin masa dia buat kerja sekolah, puan boleh bantu dia mana2 yang patut. sekurang2nya bolehlah mengeratkan hubungan kekeluargaan puan...'

'aik, nak mengajar saya pulak????' nada yang agak tinggi sehingga boleh didengari dari kelas sebelah menyebelah....

'maafkan saya puan... tak... bukan macam tu puan... saya cuma menjalankan tugas saya sebagai seorang guru atau cikgu, bukan sekadar mengajar saja cikgu. saya cuba jugak untuk mendidik...'

'kalau macam tu, cikgu ajar jelah... pasal nak mendidik, biar saya jek yang mendidik. saya pun bukan takat degree jek macam cikgu... lebih dari degree saya ada. anak saya tu pun, bukan tak pandai... pagi petang siang malam dia blajaq... lagipun, cukai yang saya bayar lagi banyak daripada cikgu, semestinya, ada bahagian cukai tersebut adalah untuk membayar gaji cikgu sekarang ni...'

'erm.... takpelah puan, kalau itu yang puan minta... saya akan tunaikan. harapan saya, anak puan akan menjadi seorang yang baik suatu hari nanti, dah cemerlang macam puan, lebih daripada degree ada. saya mintak maaf banyak2 kalau saya ada melakukan kesilapan pada anak puan...'

'bagusla macam tu.... lain kali, jangan sesekali mendenda anak orang. cikgu pun ada anak... apa perasaan cikgu kalau org lain mendenda anak cikgu? saya kat umah, jangan kata pukul, jentik pun tak... ingat ye cikgu...'

'insyaAllah puan, saya akan sentiasa ingat pesan puan tu...'

------------------------------------------------

di hari yang lain....

'ok, murid-murid, cikgu nak tengok kerja sekolah yang cikgu bagi semalam...'

sedang berjalan sambil membelek buku anak2 muridnya,

'kosong je ni... tak buat?' tanya cikgu X lembut pada seorang anak muridnya.

'tak cikgu,... saya penat.... lagipun, mama dah kata, cikgu tak marah kalau tak buat keje sekolah. sebab ritu, mama dah jumpa cikgu...'

'erm... betullah apa mama kata tu.... takpelah...'

barulah cikgu tersebut mengetahui anak wanita yang datang beberapa hari yang lepas. semenjak hari tu, dia tidak pernah menegur lagi apa2 kesalahan yang dilakukan oleh anak wanita berkenaan. kerja rumah tetap diberi, tapi apabila anak kepada wanita tersebut tidak menyelesaikannya, dia tidak ambil peduli. kalau murid lain yang tak siapkan, maka akan didenda murid tersebut.

bertanya aku kepada cikgu tersebut kenapa dia melakukan tersebut... sedangkan itu mmg tugas dia sebagai cikgu... lalu ini jawapannya;


'selagi mak bapak tak kompelin apa yang aku lakukan pada anak2 dorang, selagi itulah aku akan buat apa yang aku rasakan yang terbaik untuk anak2 dorang. tapi, bila mak bapak dah datang, dia cakap, biar dia sendiri yang mendidik anak2 dia, aku tak perlu campur, maka ketika itulah aku rasa itu dah bukan tanggungjawab aku... '
dicopy peste :)


Older Post | Newer Post

Assalamualaikum! Hello, welcome too my simple blog...anyeong chingu.visit here love you



Entries
About
Link
My Intro
Assalamualaikum,Hello! Please Leave some Opinion/Comment here, No harsh words and anonymous. Weee,thanks for visit here :)

Template By Asna Baekhyun
Background and Header by The Owner
The Frebiess By Ienaz
And Edit By Nur Faizah