OnExo
Sinopsis Hanya Aku Cinta Kau Seorang
4 Ogo 2012 | 9:10 PG | 0 comments
Satu lagi filem keluaran Metrowealth Pictures (MIG akan ditayangkan di pawagam pada 21 Jun 2012. Filem bertajuk (H.A.C.K.S) Hanya Aku Cinta Kau Seorang @ Super Duper Lover dilakonkan oleh Airel Zafril, Nuremy Ramli serta dibantu Fezrul Khan dan Shima Anuar. Filem ini adalah arahan Ahmad Rusli Muhammad Khadr yang mengangkat tema romantik komedi. Untuk pengetahuan semua filem ini adalah terbitan MIG yang ke-64.

Sinopsis Hanya Aku Cinta Kau Seorang

Mengisahkan seorang wanita yang bernama MURNI yang sedang dalam kembara mencari ‘soulmate’. Murni dipaksa oleh kawan baiknya, MUKHLIS dan STACY untuk mencari teman lelaki di dalam sebuah laman sesawang ‘Meet Soulmate’. Walaupun Murni tidak mempercayai lelaki yang dikenali di dalam internet, namun kerana paksaan dia menurut.

Murni sebenarnya menyukai Mukhlis, sahabat sehidup sematinya tetapi kecewa kerana dia menyangka Mukhlis homoseksual yang sedang bercinta dengan AYIM. Dengan galakan dari Mukhlis dan Stacy, Murni akhirnya menemui seorang lelaki bernama IQWAL. Murni menyenangi Iqwal, namun satu insiden telah menyebabkan Murni tersalah anggap yang Iqwal juga seorang homoseksual.

Murni merasa sangat kecewa dan berputus asa terhadap lelaki, apatah lagi apabila dia mengetahui tentang kecurangan FELIX, suami Stacy. ZIZI, adik kepada Iqwal bersungguh-sungguk menjejaki Murni untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya kerana dia mengetahui yang abangnya telah jatuh cinta pada Murni. Ketika inilah Ayim pula tampil dan menjelaskan pada Murni yang Mukhlis sebenarnya bukan songsang seperti yang disangkakan oleh Murni selama ini. Mukhlis amat mencintai Murni namun dia tak mahu berterus terang kerana dia takut akan kehilangan Murni.
 
 

Older Post | Newer Post

Assalamualaikum! Hello, welcome too my simple blog...anyeong chingu.visit here love you



Entries
About
Link
My Intro
Assalamualaikum,Hello! Please Leave some Opinion/Comment here, No harsh words and anonymous. Weee,thanks for visit here :)

Template By Asna Baekhyun
Background and Header by The Owner
The Frebiess By Ienaz
And Edit By Nur Faizah