Tips cara belajar di saat akhir/last minute
25 Sep 2012 | 10:09 PTG | 0 comments
Tip belajar saat akhir/ last minit
1. Muhasabah diri. Ada orang yang
mengharapkan gagal atau lulus, ada yang mengharapkan dapat A atau
sebagainya. Tanya diri, sebenarnya mampu setakat mana. Jika anda
berusaha saat akhir setakat mana gred yang anda dapat? Jika anda sudah
tahu berapa anda dapat, anda kena menerimanya. Tetapi, kemungkinan anda
dapat keptusan seperti diinginkan masih ada. Contohnya ada orang selalu
gagal di sekolah dalam mata pelajaran Matematik Tambahan, tetapi dia
berusaha saat akhir tanpa jemu dan akhirnya mendapat gred C. Hal ini
memang selalu terjadi. Ada juga orang yang mendapat C, tapi apabila
berusaha saat akhir mendapat A. Ini bukan cerita dongeng, yang penting
gunakan saat akhir ini untuk
2. Jangan putus asa. Selagi kertas
soalan belum dijawab, selagi itu masih ada masa untuk ulang kaji. Jika
sudah hantar kertas jawapan, barulah habis segala usaha kecuali doa.
Jangan sudah habis menjawab baru menyesal tidak menggunakan masa yang
ada ini untuk ulang kaji. Sudah habis SPM nanti sudah tidak ada apa-apa
untuk dibaca, jadi sementara masa masih ada ini baca sajalah apa yang
ada.
3. Hapuskan tabiat tidur terlebih atau
terkurang. Masa macam ni patutnya tidur pukul 12 tengah malam dan
bangun pukul 6 pagi bersamaan 6 jam. Biasanya apabila tak faham akan
terus tidur, sepatutnya tukar ke topik lain, jangan memaksa diri.
4. Sekat hiburan. Selepas SPM, semua
orang akan ada masa 5 hingga 6 bulan bercuti. Buat apalah main game,
dengar muzik, main Facebook, main internet dan tengok tv pada masa ini.
Yakin dan percayalah, selepas SPM ramai yang tak tau nak buat apa. Oleh
itu, sementara masa masih ada ini, gunakan masa untuk menghafal dan
memahami pelajaran.
5. Jangan buat benda pelik. Biasanya
waktu-waktu macam ini akan ada macam-macam benda pelik berlaku.
Contohnya jangan makan makanan yang tidak biasa makan, kerana bimbang
akan sakit perut. Ataupun tiba-tiba ingin bersukan, bimbang juga nanti
akan tercedera. Jangan juga makan ubat tahan tidur dan pil-pil yang tak
sepatutnya.
6. Ulangkaji soalan ramalan SPM. Perlu
diingat bukan 100% tepat ramalan ini, tapi jika terdesak memang sangat
membantu. Biasanya cikgu ada tajuk-tajuk yang mengikut pengalamannya
akan keluar. Kalau soalan matematik itu buatlah latihan soalan tahun
lepas sebab memang akan keluar soalan yang lebih kurang serupa.
7. Belajar bijak. Jika nak baca satu
buku memang tak akan dapat faham semua. Sekurang-kurangnya tengok
soalan apa yang biasa keluar dalam soalan tahun lepas dan nilai diri
sama ada soalan ini boleh buat atau tak. Jika tak boleh buat, sila
tumpukan kepada tajuk yang rasa-rasa boleh buat.
8. Buang rasa nak habis semua dan
cepat. Masa saat akhir ini memang boleh baca buku sampai habis, tapi
satu apa pun tak faham. Agak-agak lah, masa yang ada ini bacalah
sikit-sikit, kalau nak masuk semua sekaligus takut satu pun tak faham.
Sekurang-kurang separuh bab sempat baca, bolehlah jawab
sekurang-kurangnya separuh soalan semasa SPM daripada tak tahu jawab
langsung nanti.
gool luck ^^ ~
|
![]() ![]()
Assalamualaikum! Hello, welcome too my simple blog...anyeong chingu.visit here love you About Link My Intro ![]() ![]() Template By Asna Baekhyun Background and Header by The Owner The Frebiess By Ienaz And Edit By Nur Faizah |